exclusivemails.net

Isnin, 4 April 2011

Faktor-faktor anda perlu memilik emas



1. Emas adalah merupakan komoditi dimana harganya akan naik atau turun   berdasarkan permintaan pasaran.


2. Nilai USD yang lemah akan meningkatkan harga emas


3. Emas sebagai pelindung ketika krisis politik (perang atau ketidakstabilan politik)


4. Emas sebagai pelindung ketika krisis ekonomi, apabila nilai wang menurun nilai emas sentiasa meningkat. 


5. Peningkatan yang mendadak sehingga 14-20% setahun melebihi pendapatan Amanah Saham.


6. Untuk kepastian sila anda tanya kedai emas berapa nilai yang dia nak beli setelah anda beli tahun lepas... tetapi jangan emas yang ada batu permata memang tiada nilai yang penting barang kemas yang emas sepenuhnya.


Ikuti/Follow blog ini untuk maklumat emas dan cara buat duit dengan emas

HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH & AYAT AL-QURAN



1) BISMILLAH 
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian mengejut. Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca. 


(2) SURAH AL-FATIHAH 
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan fardhunya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezekinya dilapangkan oleh Allah dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya. 


(3) AYAT AL-KURSI 
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipu daya dan gangguan syaitan. Dengan membacanya seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain: Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka. 


(4) SURAH AL-BAQARAH Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanar rasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.


(5) SURAH ALI-IMRAN Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin. 


(6) SURAH AN-NISSA' 
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat. 


(7) SURAH AL-MAIDAH 
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insyaAllah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya dia tidak akan bercakap dusta lagi. 


(8) SURAH AL-AN'AM Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam. 


(9) SURAH AL-A'RAAF Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah. 


(10) SURAH AL- ANFAL Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia. 


(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) Barang siapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.


(12) SURAH YUNUS Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, keatas perempuan yang hamil, nescaya ia akan melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau. 


(13) SURAH AL-HUD Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati. 


(14) SURAH YUSUF Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.


 (15) SURAH AR-RA'D Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh. 


(16) SURAH IBRAHIM 
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah. 




(17) SURAH AL-IIIJ'R Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.


 (18) SURAH BANI ISRAIL Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insyaAllah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.


(19) SURAH AL-KAHF Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, mescaya dia akan mendapat rezeki yang murah. (20) SURAH MARYAM Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. 


(21) SURAH THAAHAA Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna. 


(22) SURAH AL ANBIYA Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t . 


(23) SURAH AL-HAJ Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya. 


(24) SURAH AL-MU'MINUN Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh. (25) SURAH AN-NUUR Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai. (26) SURAH AL-FURQAN Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah,nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.


(27) SURAH ASY-SYU A'RA Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu. 


(28) SURAH AN-NAML Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya. 


(29) SURAH AL-QA-SHASH Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus. 


(30) SURAH AL-ANKABUT Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah. 


(31) SURAH AR-RUM Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya. 




(32) SURAH LUQMAN Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir. 




(33) SURAH AS-SAJ DAH Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani.


 (34) SURAH AL-AHZAB Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.


(35) SURAH SABA' Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.


 (36) SURAH FAATHIR Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya. 


(37) SURAH YAASIIN Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasin." Hadith yang lain mengatakan : "Barang siapa membaca surah Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda :"Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu." Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : "Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku." Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andai kata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid dan barang siapa membacanya sekali pada awal pagi, andaikata ia mati pada hari itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk di amal oleh anda sekalian.


(38) SURAH ASH-SHAAFFAAT Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin. 


(39) SURAH SHAAD Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.


JOM DENGAR AL-QURAN ( Right Click dan Semak Bacaannya)

Ahad, 3 April 2011

Kejadian Hujan Rahmat Dari Allah Taala


Terdapat pelbagai cara Allah menghidupkan tanah-tanah
gersang. 
Punca mata air ialah hujan. Hujan terjadi hasil daripada
proses sejatan yang sentiasa terjadi di merata-rata tempat di
bumi ini. Akibat daripada sinaran cahaya matahari, semua air
yang terdapat di permukaan bumi menyejat dan terapung di
udara dalam bentuk wap, iaitu unsur yang sangat ringan.
Kemampuan udara menampung wap air bergantung pada kadar
kepanasannya. Semakin panas udara, maka semakin banyaklah
wap air yang boleh ditampungnya. Apabila semakin banyak wap
air berkumpul di dalamnya, suhu udara menjadi semakin sejuk
dan akhirnya turun ke paras yang sangat rendah. Keadaan ini
menyebabkan udara tidak boleh menampung semua wap air itu,
lalu sebahagiannya memeluwap dan membentuk titisan-titisan
air yang halus. Titisan air tersebut berkumpul membentuk awan
dan kemudian turun semua ke bumi sebagai hujan.
 
"Adakah kamu tidak pernah memerhati sistem sejatan yang
dicipta Allah untuk mengumpulkan awan di udara? Selepas
terkumpul, ia bertaut antara satu dengan yang lain sehinggalah
membentuk awan mega. Akhirnya kamu ternampak seolah-olah
air itu menitis dari celah-celahnya."
Surah An-Nur 24:43

Air hujan yang turun dari langit itu mengalir ke tasik-tasik
dan sungai-sungai, seterusnya mengalir ke laut sambil
memeluap ke udara. Sebahagian air hujan meresap ke dalam
tanah lalu membentuk mata air.
"Kami menurunkan air dari langit kemudian Kami menyimpannya

di dalam tanah. Sesungguhnya Kami mampu mengitarkan
semula air yang tersimpan di dalam tanah itu".

Surah al Mu'minun 23:18


"Adakah kamu tidak pernah memikirkan bagaimana Allah

menurunkan hujan dari langit lalu air itu mengalirkan banyak
mata air (di dalam perut bumi)."

Surah Al-Zumar 39:21

Sebahagian daripada mata air itu mengalir sepanjang masa sementara 
sebahagian yang lain mengalir pada musim hujan sahaja. Mata air yang mengalir sepanjang masa itu disebut mata air tetap dan mata air yang mengalir pada
musim hujan sahaja disebut mata air terputus-putus. Mata air tetap mendapat
bekalan airnya jauh dari dalam perut bumi dan tidak bergantung pada hujan 
untuk mendapatkan bekalannya, lantaran itu ia terus mengalir sepanjang masa. Demikian antara sistem tabii yang dicipta oleh Allah untuk menghidupkan bumi yang gersang sehingga ia boleh bertukar menjadi bumi yang subur,
yang boleh dijadikan kebun buah-buahan 
dan taman-taman yang indah.


Ahad, 6 Mac 2011

tip menjaga mata

Untuk membuat mata anda tetap sehat dan dapat melihat sesuatu dengan jelas dan jernih baik untuk jarak jauh maupun dekat sebaiknya melakukan hal-hal berikut ini :

1. Menonton Televisi Jangan Terlalu Dekat
Jarak yang aman untuk menonton televisi kalau tidak salah 2 meter untuk tv ukuran 14 inchi. Untuk layar yang lebih lebar otomatis jaraknya lebih jauh. Nonton layar bioskop pun sebaiknya mengambil kursi yang paling belakang.

2. Bekerja / Bermain Komputer Jangan Terlalu Lama
Biasakan memberi waktu dalam beraktivitas di depan layar komputer. Misalnya setiap 15 atau 30 menit sekali beristirahat melihat yang jauh-jauh selama lima sampai sepuluh menit agar mata tidak selalu dalam keadaan tegang karena melihat layar dengan jarak yang sangat dekat.

3. Bermain Video Game Jangan Terlalu Dekat
Anak-anak jaman sekarang banyak yang cuek terhadap kesehatan mata. Ini dapat kita lihat dengan banyak yang main ps / playstation atau vido game sejenis lainnya dekat dengan layar tv. Sebaiknya biasakan marahi anak yang bermain game terlalu dekat. Jaraknya mirip dengan poin nomor 1 di atas.

4. Membaca Buku
Jarak yang aman membaca buku adalah 30 cm. Bila terlalu dekat dapat membuat mata tegang dan mengakibatkan rabun jauh dalam jangka panjang. Membaca buku juga tidak boleh sambil tiduran. Penerangan pun juga harus cukup misalnya dengan lampu neon yang terang. Dengan demikian kesehatan mata akan tetap terjaga.

5. Hindari Debu Dan Polusi
Bagi anda yang sering beraktivitas di jalan raya seperti tukang ojek, polisi, polisi cepek, preman, supir angkot, kurir, dan lain sebagainya sebaiknya menggunakan pelindung mata seperti kacamata dan helm yang berkaca. Hindari debu yang masuk ke mata karena bisa membuat mata jadi infeksi dan membuat mata menjadi katarak.

6. Makan Makanan Bergizi, Berserat dan Bervitamin A
Mata butuh asupan zat-zat yang bergizi serta vitamin yang cukup agar dapat menjaga kondisi tetap fit. Biasakan memakan makanan yang berserat dan memiliki kandungan gizi yang cukup. Anda juga dapat mengkonsumsi suplemen atau mekanan yang mengandung vitamin A eperti wortel, alpukat, tomat, pepaya, dan lain sebagainya.

Jagalah kesehatan mata anda agar anda tidak tersiksa karena harus memakai kacamata terus-menerus. Dengan mata yang sehat anda punya banyak peluang untuk tembus tes-tes kesehatan yang mengharuskan mata anda sehat walafiat. Hubungi dokter setiap anda punya masalah dengan mata. Selamat mencoba.

Sabtu, 5 Mac 2011

tip memakai selendang

CARA MUDAH UNTUK MEMAKAI SELENDANG


1. Pakai secara pendek di sebelah kiri + panjang di sebelah kanan (atau ikut keselesaan kowang). Yg aku tunjuk ni pendek sebelah kiri. Pinkan di dagu.
 Tarik yg pendek ke bahu kanan + pin.

2. Tarik selendang sebelah kanan (panjang) meliliti kepala hingga ke sebelah kiri/blakang.


3. Sesudah ditarik, ikut keselesaan kowang untuk pin / ketipkan dengan clip. (dlm gambar di atas aku gunakan hairclip yg panjang dan aku klipkan di tepi telinga. 


4. Boleh juga lilit mengikut kretiviti kowang sendiri. Selendang jugak boleh dipakai begitu sahaja atau sekali dengan tudung ekin....

Klasifikasi Umur dan Jenis Haiwan Yang Boleh Dijadikan Korban

1. Unta --  berumur antara lima hingga enam tahun

2. Lembu kerbau atu kerbau - berumur antara dua hingga tiga tahun

3. biri-biri - berumur antara setahun hingga dua tahun atau yang berumur melebihi enam bulan tetapi sudah    bersalin gigi hadapan

Jenis Haiwan yang boleh dijadikan korban 

Terdiri daripada

     unta, lembu, kerbau, kambing,dan biri-biri samada jantan atau betina yang tidak cacat

  Cacat yang dimaksudkan termasuklah:

1. Buta sebelah mata atau kedua-duanya

2. Tiada atau terpotong teliga atau lidah atu ekor walaupun sedikit.

3. Berkudis walaupun sedikit

4. Gila atau berpenyakit

5. Bunting atau baru melahirkan melahirkan anak

6. Tersangat kurus atau terlalu tempang


Kategori Korban:

1. Korban wajib atau nazar. Daging korban wajib atau nazar waib disedekahkan kesemuanya. Haram ke atas orang yang berkorban itu memakan daging tersebut.

2. Korban Sunat . Sunat hukumnya bagi orang yang empunya korban itu makan sebahagian daging tersebut.

Larangan sembelihan korban :

1. Haram menyedekahkan daging korban kepada orang kafir

2. Orang yang melaksanakan korban atau warisnya tidak boleh menjual daging, kulit, bulu atau mana-mana bahagian haiwan korban tersebut.

3  Haram menjadikan kulit atau daging haiwan korban itu sebagai upah kepada penyembelih, tetapi harus diberikan dengan jalan sedekah atau hadiah

4.  Sisa tulang yang telah dimasak atau dimakan hendaklah ditanam. Elak dibiarkan bersepah sehingga dimakan haiwan lain seperti kucing dan anjing. Ini adalah satuadab dalam pengabdian diri kepada Allah s.w.t. Jika tidak disengarakan, maka tidak berdosa

Bob Lokman masuk PAS.. Artis Lain Macamana

Kata-kata Bob Lokman memberi maksud kepada semua...

1. Jangan Mengikut Syawat duniawi yang mengikut syaitan dan iblis

2. Pejuangan Islam perlukan pengorbanan

3. Jangan merasa terlalu muda dan sudah tua baru nak bertaubat.  Ajal tidak memberi tahu kita semua.

4. Jangan bertuhankan dunia

Bagaimana Cara mencari Driver Komputer Anda

Cara yang mudah mencari driver komputer anda adalah mudah dengan mengunakan 'driver detail'

Cara-caranya ialah:-
1. Right Click pada my Computer

2. Pergi ke Hardware --- >>> Device Manager

3. Cari mana-mana driver yang ada tanda ! Lepas tu Double click

4. Klik Detail Cari perkataan yang bermula dengan PCI (contoh :        PCI\VEN_8086&DEV_2983&SUBSYS_82761043;11583659&0&11)  tekan keyboard Ctrl+C untuk salin 


5. Pastekan driver anda itu di website devid.info  dan letakan driver anda dengan right klik paste atau Crtl+P


6. Download file driver anda .. Selamat Berjaya 


7. Ikuti Blog ini untuk info-info komputer dan lain-lain...



Sabtu, 12 Februari 2011

tips memilih cermin mata yang sesuai dengan anda

BUKAN semua orang mempunyai penglihatan yang baik. Masalah seperti rabun bukanlah asing bagi wanita mahupun lelaki. Di mana-mana sahaja, anda boleh melihat mereka mengenakan cermin mata.

Namun, apabila bercakap tentang cermin mata, bukan semua orang berasa gembira untuk memakainya. Mungkin kerana itu, mereka lebih suka memilih kanta lekap untuk melihat dengan lebih jelas.

Terdapat beberapa faktor mengapa sesetengah individu tidak kira lelaki mahupun wanita enggan mengenakan cermin mata. Bagi mereka, memakai cermin mata membuatkan wajah mereka seperti seorang yang skema, naif atau tidak menarik. Anda sendiri tahu, bagaimana cermin mata sering dijadikan 'efek helah' untuk 'menghodohkan' wajah sesuatu watak dalam sesebuah drama atau filem.

Namun, mereka sewajarnya mengakui bahawa cermin mata sememangnya praktikal untuk digunakan. Bagi mereka yang hanya memerlukan 'bantuan penglihatan' ketika membaca atau melihat objek yang amat jauh, cermin mata adalah aksesori yang lebih wajar untuk dimiliki kerana ia boleh ditanggal dan dipakai pada bila-bila masa dikehendaki. Jika menggunakan kanta lekap, adalah leceh untuk menanggal dan memakainya berkali-kali dalam sehari.

Tetapi, bukan itu sahaja masalahnya. Sesetengah orang terutamanya lelaki enggan berkaca mata kerana tidak tahu bingkai cermin mata yang bagaimana sesuai untuk mereka. Membuat keputusan ketika memilih cermin mata di kedai optik sering mengambil masa yang begitu lama. Jika tidak ada rakan yang menemani untuk memberikan pandangan, barangkali anda hanya akan pulang dengan tangan kosong.

Sebagai mana gaya rambut, bentuk kepala memainkan peranan penting dalam menentukan bingkai cermin mata yang sesuai dengan anda. Stailo kali ini memberikan panduan kepada para jejaka untuk memilih cermin mata yang sesuai sekali gus tampil segak dan bergaya.


Kepala bulat

Jika anda merupakan lelaki yang mempunyai bentuk wajah yang bulat seperti Elton John, iaitu rahang yang melengkung, berwajah penuh serta dagu dan pipi yang membulat, anda disaran memilih cermin mata yang boleh menonjolkan kontras. Pilih cermin mata berbentuk segi empat sama atau panjang tetapi berlensa agak besar. Jangan terlalu kecil kerana ia akan membuatkan mata anda nampak kecil. Elakkan memilih bingkai bulat atau lonjong kerana ia akan membulatkan lagi wajah anda.

GAYA rambut penting dalam menentukan bingkai cermin mata, namun, pilihan warna bingkai tidak menjadi masalah kepada lelaki berambut hitam.

Kepala petak

Jika anda memiliki wajah empat segi atau berahang petak, adalah lebih baik untuk anda mengenakan bingkai cermin mata yang bulat atau bujur kerana ia boleh 'melembutkan' sedikit bentuk kepala anda.

Kepala bujur

Jika kepala anda bujur atau lonjong, anda sebenarnya bertuah kerana wajah anda boleh menerima apa juga bentuk cermin mata. Anda boleh memilih bingkai bulat dan empat segi. Terbaik untuk anda ialah memilih cermin mata yang berbentuk empat segi tetapi tidak begitu berpetak.

Kepala segi tiga

Jika anda mempunyai kepala berbentuk segi tiga, tip asasnya, ikut seperti kepala berpetak. Pilih cermin mata yang bulat untuk memberi keseimbangan. Lebih bulat lebih baik.

Kepala bentuk hati


Jika anda memiliki bentuk wajah sebegini, bentuk cermin mata yang paling sesuai untuk anda ialah yang bujur. Bingkai yang lebih lembut akan menyeimbangkan bentuk wajah anda. Bingkai empat segi yang besar juga boleh dipertimbangkan.

Selain itu, apa yang perlu diberi perhatian apabila hendak memilih cermin mata ialah jangan sesekali memilih cermin mata yang menutupi kening anda. Pastikan kening anda kelihatan walaupun memakai cermin mata bulat atau empat segi yang besar.

Memandangkan kebanyakan kita di Asia berambut hitam, pilihan warna bingkai cermin mata tidak begitu menjadi hal.

Mengenai rim (bingkai depan) pula, ada sesetengah kita tersepit dalam memilih cermin mata rim penuh atau rim separa atau langsung tidak berim. Tipnya mudah. Lihat berapa kuat kuasa cermin mata anda. Jika lensa cermin mata anda tebal, masakan anda mahu memakai cermin mata yang tidak berim sehingga membuatkan orang boleh melihatnya dan bertanya 'berapa kuasa cermin mata anda?'

Bagaimanapun, Stailo! mendapati trend hari ini memperlihatkan cermin mata berbentuk maskulin dan tradisional lelaki kembali bangkit.

Bingkai horn-rimmed atau jenis aviator dilihat kembali menawan hati para lelaki. Bingkai yang tebal dan besar termasuk pada bahagian temple (bahagian cermin mata yang memanjang di tepi dan menyangkut telinga) menjadi trend tanpa mengira warna.

Cermin mata bingkai plastik agak tebal ala Clark Kent (biasanya berwarna hitam atau coklat) juga meraih perhatian dengan kembalinya gaya retro.

Cermin mata langsung tidak berim pula sesuai untuk jejaka berjiwa manimalis.

Jumaat, 11 Februari 2011

rahsia disebalik mata seorang wanita



Saiz mata kecil
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

Saiz mata sedang 
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

Saiz mata lebar
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

Mata selalu berkedip
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik

Mata jarang berkedip
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjaw ab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

Mata cengkung
Kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

Mata redup
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

Matanya seolah tersembul keluar
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

rahsia tahi lalat





Bahagian Badan & Firasat  
Bibir atas kanan Masyarakat pada zaman dahulu mengenal seseorang dgn melihat tanda pada badannya.Diturunkan di sini firasat tentang tahi lalat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui dgn jelas. Namun begitu,ia biasa diajarkan di kalangan Masyarakat Melayu.Hanyalah sekadar menambah pengetahuan.
Banyak rezeki, pandai 

Bibir atas kiri
Ramai kawan, baik hati


Bibir bawah kanan
Disegani orang, ramai yg suka

Bibir bawah kiri
Pandai bicara, tak mudah kalah

Leher kanan
Cerdas, jujur, berani menderita

Leher kiri
Cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan

Leher di tengah
Tercapai cita-cita

Biji mata kanan
Suka serong dan pembohong

Biji mata kiri
Pembohong tetapi baik hati

Hujung mata kanan
Baik hati, sopan santun, cerdas

Hujung mata kiri
Baik budi, murah rezeki

Punggung kanan
Agak mengalami kesulitan

Punggung kiri
Malas dan suka duduk

Betis kanan
Suka berhibur, boros

Betis kiri
Rajin,tidak suka menganggur

Lutut kanan
Bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha

Lutut kiri
Kurang kuat berusaha

Kepala sebelah kanan
Terkabul cita-cita

Kepala sebelah kiri
Sering menemui kesusahan

Kepala sebelah belakang
Jujur, sabar dan tekun

Kening kanan
Cerdas dan cekap

Kening kiri
Cerdas, sopan santun

Tengah kening
Keras hati, berani segala hal

Hujung mulut kanan
Kecil rezeki, tak mudah kalah

Hujung mulut kiri
Suka berpoya-poya

Ketiak kanan
Dapat menyimpan rahsia

Ketiak kiri
Jujur, banyak yang cinta

Pergelangan kaki kanan
Suka berpergian (keluar rumah)

Pergelangan kaki kiri
Kehendak kuat

Batang hidung
Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

Pada hidung
Banyak rezeki

Dagu bawah kanan
Jujur dan baik hati

Dagu bawah kiri
Bijak sana dan berbudi luhur

Kemaluan kanan atau kiri
Baik, suka senggama

Di kepala kemaluan (lelaki)
Bakal beristeri 2

Tumit kanan
Jujur dan banyak kawan

Tumit kiri
Baik budi

Alis kanan
Suka menolong, baik hati

Alis kiri
Ramai yang suka

Pangkal peha kanan
Kemahuan kuat

Pangkal peha kiri
Suka kerja apa pun

Telapak kaki kanan
Tak mudah mengeluh

Jari kaki kanan
Suka menolong

Jari kaki kiri
Berbudi, suka berbuat baik

Bahu kanan
Cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan

Bahu kiri
Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

Buah dada kanan
Baik hati, pendiam,simpan rahsia

Buah dada kiri
Ramai kawan, setia pada pasangan

Lengan kanan
Setia dan taat pada atasan

Lengan kiri
Menepati janji dan rajin

Pipi kanan
Ramai teman

Tengah-tengah pipi kanan
Ramai yg suka

Tengah-tengah pipi kiri
Ramai teman

Ubun-ubun
Kurang jujur

Pusat
Cerdas, tangkas, tekun

Pusat bahagian kanan
Sejahtera dalam hidup

Pusat bahagian kiri
Beroleh kemliaan

Pinggang kanan
Sayang pada pasangan hidup

Pinggang kiri
Disayang pasangan hidup

Dada kanan
Dapat mengatasi masalah

Dada kiri
Berani, jujur dan sabar

Telapak kaki kanan
Tidak mudah mengeluh

Telapak kaki kiri
Baik budi pekertinya

Siku tangan kanan
Kuat ingin memiliki kekayaan

Siku tangan kiri
Baik hati, suka menolong

Jari tangan kanan
Serba beroleh keuntungan

Jari tangan kiri
Serba baik bekerja

Jari telapak tangan kanan
Banyak rezeki tapi boros

Jari telapak tangan kiri
Banyak rezeki dan cermat

Perut bawah kanan
Banyak rezeki, suka memberi maaf

Perut bawah kiri
Baik hati, tenang hidupnya

Sudut mata kanan dalam
Disayang suami atau isteri

Sudut mata kiri dalam
Tidak mudah dilupakan pasangan

Sudut mata kanan luar
Baik budi, ramai yg cinta

Pelipis kiri
Murah rezeki, dpt jadi kaya

Pelipis kanan
Serba berhasil dalam usaha

Kelopak mata kanan atas
Baik hati, ramah, berjaya

Kelopak mata kiri atas
Baik budi, ramai yg suka

Kelopak mata kanan bawah
Agak malas

Kelopak mata kiri bawah
Agak bodoh, kurang bijaksana

Khamis, 10 Februari 2011

TIP MEMBELI KASUT YANG SESUAI


 Faktor2 penting ketika membeli kasut:

1. MUAT - Saiz kasut mesti selesa pada kaki.
2. BENTUK - Padanan yang logik di antara bentuk kasut dan bentuk kaki.
3. REKAAN DAN FESYEN - Sesetengah rekaan lebih selesa berbanding kasut lain. Rekaan kasut melibatkan ketinggian, stail, paten dan lain-lain unsur fesyen yang mempengaruhi keselesaan yang hanya boleh dikenal pasti oleh pemakai.
4. BERAT - Kasut yang berat bermakna bebanan pada kaki.
5. MATERIAL - Keselesaan, lubang pernafasan, berat dan kelembutan.
6. FAKTOR DALAMAN KASUT - Suhu, kelembapan, pengawalan kelembapan.
7. FAKTOR BERJALAN - Adakah kasut selamat dan seimbang ketika berjalan.
8. PEMBINAAN - Memiliki bentuk yang baik dan dimensi yang stabil walaupun lama digunakan.
9. LAPISAN BAWAH - Kusyen yang baik memberi kesan yang berlainan.
10. KESIHATAN KAKI - Kesihatan kaki di dalam sepasang kasut yang selesa membuatkan anda berasa selesa.



Jenis2 tapak kaki:

Kaki Rata Tanpa Lekuk (Low Arch / Flat foot)
Tidak boleh berdiri atau jalan lama kerana lutut akan cepat merasa sakit.

Kaki Lekuk Sederhana (Normal Arch)
Struktur kaki keras serta kurang bermasalah.

Kaki Lekuk Dalam (High Arch)
Kurang masalah, mempunyai kaki lebih keras, jika berjalan, tidak begitu banyak pergerakan sendi yang berlaku.


Panduan Memilih Kasut

1. Pilih kasut yang bertumit rendah -tumit tinggi slalu g pkai Ofiz jew sbb x byk jLn kalau g shopping pkai heeL mmg cari penyakit La
2. Pastikan saiz kasut anda kerana kaki menjadi panjang dan lebar seiring dengan usia. Jika menggunakan saiz 8, jgn sesekali menggunakan saiz lebih kecil @ besar kerana ia memberi kesan kepada kaki untuk tempoh jangka panjang.
3. Jangan bergantung kepada saiz kasut sahaja kerana saiz kasut berbeza-beza untuk setiap pengeluar
4. Bandingkan kelebaran kasut dengan kelebaran kaki. Elakkan kasut yang menyesakkan walaupun anda sangat menyukainya.
5. Cuba kasut pada kedua2 kaki. Ini penting kerana kebanyakan orang memiliki kaki yang besar sebelah.
6. Beli kasut pada waktu petang atau malam - otot kaki mengembang pd waktu itu. Jika anda membeli-belah, pastikan sesi membeli kasut mengisi agenda terakhir.
7. Tanya pada cik kedai tentang polisi memulangkan barangan kerana mungkin selepas sehari, anda dapati sebenarnya tidak sesuai untuk kaki anda.
8. Ketahui materialnya. Pastikan material itu membenarkan kaki anda 'bernafas' seperti kulit.
9. Jika membeli kasut sukan, pastikan ia tidak terlalu berat dan ketat selain mempunyai sistem ampuan kaki yang stabil.
10. Definisi kasut yang selesa adalah kasut yang diperbuat dengan cermat dan kemas, tumit tidak terlalu tinggi dan mampu menampung kaki dengan stabil.
11. Jangan membeli kasut kerana jenama atau harga, sebaliknya pilih kasut berdasarkan kesesuaiannya pada kaki anda.
12. Usah taksub pada rekaan hingga mengabai faktor kesesuaian bentuk kaki.
13. Memakai kasut ketat boleh mengakibatkan tapak kaki sakit dan kesan lain. Kajian mendapati 80 hingga 90 peratus golongan dewasa di Malaysia menderita sakit kaki akibat sindrom diabetik atau reumatisme. Ini berpunca daripada memilih kasut yang tidak sesuai dengan bentuk kaki.
14. Sekiranya anda mempunyai kaki bengkok ke dalam, pastikan kasut dipilih tidak memberi kesan kepada anggota badan lain.
15. Jangan terpedaya dengan promosi dan tawaran kasut murah sehingga mengabai faktor keselesaan dan ciri-ciri praktikal kasut yg dihajati

cara memilih jam tangan

Memilih Jam tangan harus di sesuai kepribadian anda karena kepribadian anda bisa tercermin dari jam tangan anda, anda bisa memakai jam tangan model “Aviator” tanpa asesoris tambahan seperti stopwatch, tanggal/hari, atau kompas. Kalau anda adalah orang yang energic, anda bisa memilih jam tangan yang terlihat canggih dengan banyak asesoris tambahan. Bisa digital ataupun quarts, Beberapa hal yang harus diperhatikan saat memilih jam tangan:
1. Ukuran. Sesuaikan ukuran jam tangan dengan pergelangan tangan. Biar kata lagi musim jam tangan ukuran gede, tapi Kalau pergelangan tangan anda kecil, bakal keliatan seperti jam dinding di tangan anda. Semakin gede pergelangan tangan anda, pilih jam yang gede juga biar tidak dikira pake jam anak anak.
2. Strap. Strap bisa pilih yang dari kulit atau yang berbahan aluminium silver. Strap kulit lebih bersifat resmi kecuali strap kulit model jam tangan Fossil. Strap kulit juga lebih mudah dicocokan dengan pakaian. Kalau yang silver menggambarkan anda orang yang suka dengan hal hal yang canggih.
3. Merk. tidak perlu jadi tergila gila dengan merk tertentu. Cocokin dulu dengan tangan dan budget anda. Coba pertimbangkan harga dengan desain, fitur, & ketahanannya. Ada jam jam tertentu yang terlihat simple tapi mewah. Yah…sesuaikan lagi edngan kepribadian anda. Coz yang terpenting adalah kepribadian anda, bukan merk jam tangan anda. Jangan beli barang KW1, KW2 dsb. Itu akan mengurangi nilai penampilan anda dengan barang-barang aspal tsb. Fashionita (apalagi cewek) biasanya tau itu barang aspal atau barang original.
4. Jangan beli jam tangan sendirian. Inget, orang lain bakalan liat jam tangan anda itu cocok dengan anda atau tidak. jadi..ajak temen yang mengerti soal jam tangan, atau temen anda cewek yang keren & perhatian soal fashion biar ada yang diajak tuker pikiran waktu milih milih jam tangan. Lengkapi pengetahuan tentang jam tangan, bisa browsing di internet.
Demikian tipsnya semoga bermanfaat, selamat mencoba.

tip mengelakkan rambut gugur



Ada beberapa petua yang dijumpai dalam internet ini untuk mengelakkan dari keguguran rambut…dan setelah dimentelaah dan di perhatikan betul2, lidah buaya merupakan antara kaedah terbaik untuk mengubati penyakit yang sememangnya telah menjadi salah satu kehidupan manusia.                Mari kita melihat petua-petua nya :


Petua pertama
Keguguran rambut akibat dari banyak sebab. Kebiasaannya dialami oleh yang baru lepas bersalin. Ini perlu dijaga kerana rambut adalah mahkota seorang wanita. Bagi muslimah yang memakai tudung pula adalah juga satu faktor menyebabkan keguguran rambut tapi itu bukan satu alasan tidak memakai tudung. Ikutilah petua ini langkah demi langkah untuk mendapatkan rambut yang cantik dan wangi.
Pertama sekali selalulah menyapukan perahan air limau nipis untuk menghilangkan kelemumur selama 2 minggu. Kelemumur juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Kemudiannya anda memerlukan santan untuk menyuburkan rambut. Santan perlu dilumurkan keseluruhan rambut hingga kekulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Tidak perlu terburu-buru untuk membasuhnya perapkan dengan tuala untuk setengah jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam.
Buatlah barang sebulan. Bagi anda yang rajin selepas rawatan menyuburkan rambut gunalah daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik lagi menawan. Caranya ambil lendir daun lidah buaya tu dan sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2 bulan rambut anda tidak akan gugur malah semakin cantik dan sihat.
Ini kerana kesan dari khasiat buah limau nipis, santan dan lidah buaya yang sememangnya sesuai dijadikan penawar bagi mereka yang mengalami keguguran dan ketidaksuburan rambut.
Petua Kedua :
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
Petua Ketiga :
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kuit kepala seeloknya pada waktu malam. Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.
Petua Keempat :
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.
Kesimpulannya, jagalah kesihatan rambut anda dengan cermat. terutama kepada yang perempuan, jagalah ianya sebaiknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...