exclusivemails.net

Khamis, 10 Februari 2011

TIP MEMBELI KASUT YANG SESUAI


 Faktor2 penting ketika membeli kasut:

1. MUAT - Saiz kasut mesti selesa pada kaki.
2. BENTUK - Padanan yang logik di antara bentuk kasut dan bentuk kaki.
3. REKAAN DAN FESYEN - Sesetengah rekaan lebih selesa berbanding kasut lain. Rekaan kasut melibatkan ketinggian, stail, paten dan lain-lain unsur fesyen yang mempengaruhi keselesaan yang hanya boleh dikenal pasti oleh pemakai.
4. BERAT - Kasut yang berat bermakna bebanan pada kaki.
5. MATERIAL - Keselesaan, lubang pernafasan, berat dan kelembutan.
6. FAKTOR DALAMAN KASUT - Suhu, kelembapan, pengawalan kelembapan.
7. FAKTOR BERJALAN - Adakah kasut selamat dan seimbang ketika berjalan.
8. PEMBINAAN - Memiliki bentuk yang baik dan dimensi yang stabil walaupun lama digunakan.
9. LAPISAN BAWAH - Kusyen yang baik memberi kesan yang berlainan.
10. KESIHATAN KAKI - Kesihatan kaki di dalam sepasang kasut yang selesa membuatkan anda berasa selesa.



Jenis2 tapak kaki:

Kaki Rata Tanpa Lekuk (Low Arch / Flat foot)
Tidak boleh berdiri atau jalan lama kerana lutut akan cepat merasa sakit.

Kaki Lekuk Sederhana (Normal Arch)
Struktur kaki keras serta kurang bermasalah.

Kaki Lekuk Dalam (High Arch)
Kurang masalah, mempunyai kaki lebih keras, jika berjalan, tidak begitu banyak pergerakan sendi yang berlaku.


Panduan Memilih Kasut

1. Pilih kasut yang bertumit rendah -tumit tinggi slalu g pkai Ofiz jew sbb x byk jLn kalau g shopping pkai heeL mmg cari penyakit La
2. Pastikan saiz kasut anda kerana kaki menjadi panjang dan lebar seiring dengan usia. Jika menggunakan saiz 8, jgn sesekali menggunakan saiz lebih kecil @ besar kerana ia memberi kesan kepada kaki untuk tempoh jangka panjang.
3. Jangan bergantung kepada saiz kasut sahaja kerana saiz kasut berbeza-beza untuk setiap pengeluar
4. Bandingkan kelebaran kasut dengan kelebaran kaki. Elakkan kasut yang menyesakkan walaupun anda sangat menyukainya.
5. Cuba kasut pada kedua2 kaki. Ini penting kerana kebanyakan orang memiliki kaki yang besar sebelah.
6. Beli kasut pada waktu petang atau malam - otot kaki mengembang pd waktu itu. Jika anda membeli-belah, pastikan sesi membeli kasut mengisi agenda terakhir.
7. Tanya pada cik kedai tentang polisi memulangkan barangan kerana mungkin selepas sehari, anda dapati sebenarnya tidak sesuai untuk kaki anda.
8. Ketahui materialnya. Pastikan material itu membenarkan kaki anda 'bernafas' seperti kulit.
9. Jika membeli kasut sukan, pastikan ia tidak terlalu berat dan ketat selain mempunyai sistem ampuan kaki yang stabil.
10. Definisi kasut yang selesa adalah kasut yang diperbuat dengan cermat dan kemas, tumit tidak terlalu tinggi dan mampu menampung kaki dengan stabil.
11. Jangan membeli kasut kerana jenama atau harga, sebaliknya pilih kasut berdasarkan kesesuaiannya pada kaki anda.
12. Usah taksub pada rekaan hingga mengabai faktor kesesuaian bentuk kaki.
13. Memakai kasut ketat boleh mengakibatkan tapak kaki sakit dan kesan lain. Kajian mendapati 80 hingga 90 peratus golongan dewasa di Malaysia menderita sakit kaki akibat sindrom diabetik atau reumatisme. Ini berpunca daripada memilih kasut yang tidak sesuai dengan bentuk kaki.
14. Sekiranya anda mempunyai kaki bengkok ke dalam, pastikan kasut dipilih tidak memberi kesan kepada anggota badan lain.
15. Jangan terpedaya dengan promosi dan tawaran kasut murah sehingga mengabai faktor keselesaan dan ciri-ciri praktikal kasut yg dihajati

cara memilih jam tangan

Memilih Jam tangan harus di sesuai kepribadian anda karena kepribadian anda bisa tercermin dari jam tangan anda, anda bisa memakai jam tangan model “Aviator” tanpa asesoris tambahan seperti stopwatch, tanggal/hari, atau kompas. Kalau anda adalah orang yang energic, anda bisa memilih jam tangan yang terlihat canggih dengan banyak asesoris tambahan. Bisa digital ataupun quarts, Beberapa hal yang harus diperhatikan saat memilih jam tangan:
1. Ukuran. Sesuaikan ukuran jam tangan dengan pergelangan tangan. Biar kata lagi musim jam tangan ukuran gede, tapi Kalau pergelangan tangan anda kecil, bakal keliatan seperti jam dinding di tangan anda. Semakin gede pergelangan tangan anda, pilih jam yang gede juga biar tidak dikira pake jam anak anak.
2. Strap. Strap bisa pilih yang dari kulit atau yang berbahan aluminium silver. Strap kulit lebih bersifat resmi kecuali strap kulit model jam tangan Fossil. Strap kulit juga lebih mudah dicocokan dengan pakaian. Kalau yang silver menggambarkan anda orang yang suka dengan hal hal yang canggih.
3. Merk. tidak perlu jadi tergila gila dengan merk tertentu. Cocokin dulu dengan tangan dan budget anda. Coba pertimbangkan harga dengan desain, fitur, & ketahanannya. Ada jam jam tertentu yang terlihat simple tapi mewah. Yah…sesuaikan lagi edngan kepribadian anda. Coz yang terpenting adalah kepribadian anda, bukan merk jam tangan anda. Jangan beli barang KW1, KW2 dsb. Itu akan mengurangi nilai penampilan anda dengan barang-barang aspal tsb. Fashionita (apalagi cewek) biasanya tau itu barang aspal atau barang original.
4. Jangan beli jam tangan sendirian. Inget, orang lain bakalan liat jam tangan anda itu cocok dengan anda atau tidak. jadi..ajak temen yang mengerti soal jam tangan, atau temen anda cewek yang keren & perhatian soal fashion biar ada yang diajak tuker pikiran waktu milih milih jam tangan. Lengkapi pengetahuan tentang jam tangan, bisa browsing di internet.
Demikian tipsnya semoga bermanfaat, selamat mencoba.

tip mengelakkan rambut gugur



Ada beberapa petua yang dijumpai dalam internet ini untuk mengelakkan dari keguguran rambut…dan setelah dimentelaah dan di perhatikan betul2, lidah buaya merupakan antara kaedah terbaik untuk mengubati penyakit yang sememangnya telah menjadi salah satu kehidupan manusia.                Mari kita melihat petua-petua nya :


Petua pertama
Keguguran rambut akibat dari banyak sebab. Kebiasaannya dialami oleh yang baru lepas bersalin. Ini perlu dijaga kerana rambut adalah mahkota seorang wanita. Bagi muslimah yang memakai tudung pula adalah juga satu faktor menyebabkan keguguran rambut tapi itu bukan satu alasan tidak memakai tudung. Ikutilah petua ini langkah demi langkah untuk mendapatkan rambut yang cantik dan wangi.
Pertama sekali selalulah menyapukan perahan air limau nipis untuk menghilangkan kelemumur selama 2 minggu. Kelemumur juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Kemudiannya anda memerlukan santan untuk menyuburkan rambut. Santan perlu dilumurkan keseluruhan rambut hingga kekulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Tidak perlu terburu-buru untuk membasuhnya perapkan dengan tuala untuk setengah jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam.
Buatlah barang sebulan. Bagi anda yang rajin selepas rawatan menyuburkan rambut gunalah daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik lagi menawan. Caranya ambil lendir daun lidah buaya tu dan sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2 bulan rambut anda tidak akan gugur malah semakin cantik dan sihat.
Ini kerana kesan dari khasiat buah limau nipis, santan dan lidah buaya yang sememangnya sesuai dijadikan penawar bagi mereka yang mengalami keguguran dan ketidaksuburan rambut.
Petua Kedua :
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
Petua Ketiga :
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kuit kepala seeloknya pada waktu malam. Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.
Petua Keempat :
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.
Kesimpulannya, jagalah kesihatan rambut anda dengan cermat. terutama kepada yang perempuan, jagalah ianya sebaiknya.

Larangan Hari Velentine disambut umat Islam ---JAGA AURAT ANDA--

 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan melancarkan Kempen Awasi Jerat Hari Valentine di sini esok untuk mengajak umat Islam terutamanya golongan remaja supaya tidak meraikan sambutan Hari Kekasih itu Isnin ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, program itu diadakan untuk menyebarkan dakwah dengan meluas mengenai sambutan itu yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Stesen televisyen juga perlu memainkan peranan melalui pengisian program yang bersesuaian supaya dapat memberi pemahaman yang jelas kepada umat Islam mengenai perkara itu.
Adalah baiknya menjaga aurat anda sebaik-baiknya demi menjaga maruah . semoga Allah merahmati semua rakan rakan semua.
KESALAHAN AURAT YANG PATUT DIJAUHI BAGI LELAKI MUSLIM


AURAT WANITA SOLEHAH
 AURAT LELAKI MUSLIM


KESALAHAN AURAT WANITA YANG PATUT DIJAUHI



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...