exclusivemails.net

Sabtu, 12 Februari 2011

tips memilih cermin mata yang sesuai dengan anda

BUKAN semua orang mempunyai penglihatan yang baik. Masalah seperti rabun bukanlah asing bagi wanita mahupun lelaki. Di mana-mana sahaja, anda boleh melihat mereka mengenakan cermin mata.

Namun, apabila bercakap tentang cermin mata, bukan semua orang berasa gembira untuk memakainya. Mungkin kerana itu, mereka lebih suka memilih kanta lekap untuk melihat dengan lebih jelas.

Terdapat beberapa faktor mengapa sesetengah individu tidak kira lelaki mahupun wanita enggan mengenakan cermin mata. Bagi mereka, memakai cermin mata membuatkan wajah mereka seperti seorang yang skema, naif atau tidak menarik. Anda sendiri tahu, bagaimana cermin mata sering dijadikan 'efek helah' untuk 'menghodohkan' wajah sesuatu watak dalam sesebuah drama atau filem.

Namun, mereka sewajarnya mengakui bahawa cermin mata sememangnya praktikal untuk digunakan. Bagi mereka yang hanya memerlukan 'bantuan penglihatan' ketika membaca atau melihat objek yang amat jauh, cermin mata adalah aksesori yang lebih wajar untuk dimiliki kerana ia boleh ditanggal dan dipakai pada bila-bila masa dikehendaki. Jika menggunakan kanta lekap, adalah leceh untuk menanggal dan memakainya berkali-kali dalam sehari.

Tetapi, bukan itu sahaja masalahnya. Sesetengah orang terutamanya lelaki enggan berkaca mata kerana tidak tahu bingkai cermin mata yang bagaimana sesuai untuk mereka. Membuat keputusan ketika memilih cermin mata di kedai optik sering mengambil masa yang begitu lama. Jika tidak ada rakan yang menemani untuk memberikan pandangan, barangkali anda hanya akan pulang dengan tangan kosong.

Sebagai mana gaya rambut, bentuk kepala memainkan peranan penting dalam menentukan bingkai cermin mata yang sesuai dengan anda. Stailo kali ini memberikan panduan kepada para jejaka untuk memilih cermin mata yang sesuai sekali gus tampil segak dan bergaya.


Kepala bulat

Jika anda merupakan lelaki yang mempunyai bentuk wajah yang bulat seperti Elton John, iaitu rahang yang melengkung, berwajah penuh serta dagu dan pipi yang membulat, anda disaran memilih cermin mata yang boleh menonjolkan kontras. Pilih cermin mata berbentuk segi empat sama atau panjang tetapi berlensa agak besar. Jangan terlalu kecil kerana ia akan membuatkan mata anda nampak kecil. Elakkan memilih bingkai bulat atau lonjong kerana ia akan membulatkan lagi wajah anda.

GAYA rambut penting dalam menentukan bingkai cermin mata, namun, pilihan warna bingkai tidak menjadi masalah kepada lelaki berambut hitam.

Kepala petak

Jika anda memiliki wajah empat segi atau berahang petak, adalah lebih baik untuk anda mengenakan bingkai cermin mata yang bulat atau bujur kerana ia boleh 'melembutkan' sedikit bentuk kepala anda.

Kepala bujur

Jika kepala anda bujur atau lonjong, anda sebenarnya bertuah kerana wajah anda boleh menerima apa juga bentuk cermin mata. Anda boleh memilih bingkai bulat dan empat segi. Terbaik untuk anda ialah memilih cermin mata yang berbentuk empat segi tetapi tidak begitu berpetak.

Kepala segi tiga

Jika anda mempunyai kepala berbentuk segi tiga, tip asasnya, ikut seperti kepala berpetak. Pilih cermin mata yang bulat untuk memberi keseimbangan. Lebih bulat lebih baik.

Kepala bentuk hati


Jika anda memiliki bentuk wajah sebegini, bentuk cermin mata yang paling sesuai untuk anda ialah yang bujur. Bingkai yang lebih lembut akan menyeimbangkan bentuk wajah anda. Bingkai empat segi yang besar juga boleh dipertimbangkan.

Selain itu, apa yang perlu diberi perhatian apabila hendak memilih cermin mata ialah jangan sesekali memilih cermin mata yang menutupi kening anda. Pastikan kening anda kelihatan walaupun memakai cermin mata bulat atau empat segi yang besar.

Memandangkan kebanyakan kita di Asia berambut hitam, pilihan warna bingkai cermin mata tidak begitu menjadi hal.

Mengenai rim (bingkai depan) pula, ada sesetengah kita tersepit dalam memilih cermin mata rim penuh atau rim separa atau langsung tidak berim. Tipnya mudah. Lihat berapa kuat kuasa cermin mata anda. Jika lensa cermin mata anda tebal, masakan anda mahu memakai cermin mata yang tidak berim sehingga membuatkan orang boleh melihatnya dan bertanya 'berapa kuasa cermin mata anda?'

Bagaimanapun, Stailo! mendapati trend hari ini memperlihatkan cermin mata berbentuk maskulin dan tradisional lelaki kembali bangkit.

Bingkai horn-rimmed atau jenis aviator dilihat kembali menawan hati para lelaki. Bingkai yang tebal dan besar termasuk pada bahagian temple (bahagian cermin mata yang memanjang di tepi dan menyangkut telinga) menjadi trend tanpa mengira warna.

Cermin mata bingkai plastik agak tebal ala Clark Kent (biasanya berwarna hitam atau coklat) juga meraih perhatian dengan kembalinya gaya retro.

Cermin mata langsung tidak berim pula sesuai untuk jejaka berjiwa manimalis.

Jumaat, 11 Februari 2011

rahsia disebalik mata seorang wanita



Saiz mata kecil
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

Saiz mata sedang 
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

Saiz mata lebar
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

Mata selalu berkedip
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik

Mata jarang berkedip
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjaw ab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

Mata cengkung
Kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

Mata redup
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

Matanya seolah tersembul keluar
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

rahsia tahi lalat





Bahagian Badan & Firasat  
Bibir atas kanan Masyarakat pada zaman dahulu mengenal seseorang dgn melihat tanda pada badannya.Diturunkan di sini firasat tentang tahi lalat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui dgn jelas. Namun begitu,ia biasa diajarkan di kalangan Masyarakat Melayu.Hanyalah sekadar menambah pengetahuan.
Banyak rezeki, pandai 

Bibir atas kiri
Ramai kawan, baik hati


Bibir bawah kanan
Disegani orang, ramai yg suka

Bibir bawah kiri
Pandai bicara, tak mudah kalah

Leher kanan
Cerdas, jujur, berani menderita

Leher kiri
Cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan

Leher di tengah
Tercapai cita-cita

Biji mata kanan
Suka serong dan pembohong

Biji mata kiri
Pembohong tetapi baik hati

Hujung mata kanan
Baik hati, sopan santun, cerdas

Hujung mata kiri
Baik budi, murah rezeki

Punggung kanan
Agak mengalami kesulitan

Punggung kiri
Malas dan suka duduk

Betis kanan
Suka berhibur, boros

Betis kiri
Rajin,tidak suka menganggur

Lutut kanan
Bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha

Lutut kiri
Kurang kuat berusaha

Kepala sebelah kanan
Terkabul cita-cita

Kepala sebelah kiri
Sering menemui kesusahan

Kepala sebelah belakang
Jujur, sabar dan tekun

Kening kanan
Cerdas dan cekap

Kening kiri
Cerdas, sopan santun

Tengah kening
Keras hati, berani segala hal

Hujung mulut kanan
Kecil rezeki, tak mudah kalah

Hujung mulut kiri
Suka berpoya-poya

Ketiak kanan
Dapat menyimpan rahsia

Ketiak kiri
Jujur, banyak yang cinta

Pergelangan kaki kanan
Suka berpergian (keluar rumah)

Pergelangan kaki kiri
Kehendak kuat

Batang hidung
Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

Pada hidung
Banyak rezeki

Dagu bawah kanan
Jujur dan baik hati

Dagu bawah kiri
Bijak sana dan berbudi luhur

Kemaluan kanan atau kiri
Baik, suka senggama

Di kepala kemaluan (lelaki)
Bakal beristeri 2

Tumit kanan
Jujur dan banyak kawan

Tumit kiri
Baik budi

Alis kanan
Suka menolong, baik hati

Alis kiri
Ramai yang suka

Pangkal peha kanan
Kemahuan kuat

Pangkal peha kiri
Suka kerja apa pun

Telapak kaki kanan
Tak mudah mengeluh

Jari kaki kanan
Suka menolong

Jari kaki kiri
Berbudi, suka berbuat baik

Bahu kanan
Cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan

Bahu kiri
Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

Buah dada kanan
Baik hati, pendiam,simpan rahsia

Buah dada kiri
Ramai kawan, setia pada pasangan

Lengan kanan
Setia dan taat pada atasan

Lengan kiri
Menepati janji dan rajin

Pipi kanan
Ramai teman

Tengah-tengah pipi kanan
Ramai yg suka

Tengah-tengah pipi kiri
Ramai teman

Ubun-ubun
Kurang jujur

Pusat
Cerdas, tangkas, tekun

Pusat bahagian kanan
Sejahtera dalam hidup

Pusat bahagian kiri
Beroleh kemliaan

Pinggang kanan
Sayang pada pasangan hidup

Pinggang kiri
Disayang pasangan hidup

Dada kanan
Dapat mengatasi masalah

Dada kiri
Berani, jujur dan sabar

Telapak kaki kanan
Tidak mudah mengeluh

Telapak kaki kiri
Baik budi pekertinya

Siku tangan kanan
Kuat ingin memiliki kekayaan

Siku tangan kiri
Baik hati, suka menolong

Jari tangan kanan
Serba beroleh keuntungan

Jari tangan kiri
Serba baik bekerja

Jari telapak tangan kanan
Banyak rezeki tapi boros

Jari telapak tangan kiri
Banyak rezeki dan cermat

Perut bawah kanan
Banyak rezeki, suka memberi maaf

Perut bawah kiri
Baik hati, tenang hidupnya

Sudut mata kanan dalam
Disayang suami atau isteri

Sudut mata kiri dalam
Tidak mudah dilupakan pasangan

Sudut mata kanan luar
Baik budi, ramai yg cinta

Pelipis kiri
Murah rezeki, dpt jadi kaya

Pelipis kanan
Serba berhasil dalam usaha

Kelopak mata kanan atas
Baik hati, ramah, berjaya

Kelopak mata kiri atas
Baik budi, ramai yg suka

Kelopak mata kanan bawah
Agak malas

Kelopak mata kiri bawah
Agak bodoh, kurang bijaksana

Khamis, 10 Februari 2011

TIP MEMBELI KASUT YANG SESUAI


 Faktor2 penting ketika membeli kasut:

1. MUAT - Saiz kasut mesti selesa pada kaki.
2. BENTUK - Padanan yang logik di antara bentuk kasut dan bentuk kaki.
3. REKAAN DAN FESYEN - Sesetengah rekaan lebih selesa berbanding kasut lain. Rekaan kasut melibatkan ketinggian, stail, paten dan lain-lain unsur fesyen yang mempengaruhi keselesaan yang hanya boleh dikenal pasti oleh pemakai.
4. BERAT - Kasut yang berat bermakna bebanan pada kaki.
5. MATERIAL - Keselesaan, lubang pernafasan, berat dan kelembutan.
6. FAKTOR DALAMAN KASUT - Suhu, kelembapan, pengawalan kelembapan.
7. FAKTOR BERJALAN - Adakah kasut selamat dan seimbang ketika berjalan.
8. PEMBINAAN - Memiliki bentuk yang baik dan dimensi yang stabil walaupun lama digunakan.
9. LAPISAN BAWAH - Kusyen yang baik memberi kesan yang berlainan.
10. KESIHATAN KAKI - Kesihatan kaki di dalam sepasang kasut yang selesa membuatkan anda berasa selesa.



Jenis2 tapak kaki:

Kaki Rata Tanpa Lekuk (Low Arch / Flat foot)
Tidak boleh berdiri atau jalan lama kerana lutut akan cepat merasa sakit.

Kaki Lekuk Sederhana (Normal Arch)
Struktur kaki keras serta kurang bermasalah.

Kaki Lekuk Dalam (High Arch)
Kurang masalah, mempunyai kaki lebih keras, jika berjalan, tidak begitu banyak pergerakan sendi yang berlaku.


Panduan Memilih Kasut

1. Pilih kasut yang bertumit rendah -tumit tinggi slalu g pkai Ofiz jew sbb x byk jLn kalau g shopping pkai heeL mmg cari penyakit La
2. Pastikan saiz kasut anda kerana kaki menjadi panjang dan lebar seiring dengan usia. Jika menggunakan saiz 8, jgn sesekali menggunakan saiz lebih kecil @ besar kerana ia memberi kesan kepada kaki untuk tempoh jangka panjang.
3. Jangan bergantung kepada saiz kasut sahaja kerana saiz kasut berbeza-beza untuk setiap pengeluar
4. Bandingkan kelebaran kasut dengan kelebaran kaki. Elakkan kasut yang menyesakkan walaupun anda sangat menyukainya.
5. Cuba kasut pada kedua2 kaki. Ini penting kerana kebanyakan orang memiliki kaki yang besar sebelah.
6. Beli kasut pada waktu petang atau malam - otot kaki mengembang pd waktu itu. Jika anda membeli-belah, pastikan sesi membeli kasut mengisi agenda terakhir.
7. Tanya pada cik kedai tentang polisi memulangkan barangan kerana mungkin selepas sehari, anda dapati sebenarnya tidak sesuai untuk kaki anda.
8. Ketahui materialnya. Pastikan material itu membenarkan kaki anda 'bernafas' seperti kulit.
9. Jika membeli kasut sukan, pastikan ia tidak terlalu berat dan ketat selain mempunyai sistem ampuan kaki yang stabil.
10. Definisi kasut yang selesa adalah kasut yang diperbuat dengan cermat dan kemas, tumit tidak terlalu tinggi dan mampu menampung kaki dengan stabil.
11. Jangan membeli kasut kerana jenama atau harga, sebaliknya pilih kasut berdasarkan kesesuaiannya pada kaki anda.
12. Usah taksub pada rekaan hingga mengabai faktor kesesuaian bentuk kaki.
13. Memakai kasut ketat boleh mengakibatkan tapak kaki sakit dan kesan lain. Kajian mendapati 80 hingga 90 peratus golongan dewasa di Malaysia menderita sakit kaki akibat sindrom diabetik atau reumatisme. Ini berpunca daripada memilih kasut yang tidak sesuai dengan bentuk kaki.
14. Sekiranya anda mempunyai kaki bengkok ke dalam, pastikan kasut dipilih tidak memberi kesan kepada anggota badan lain.
15. Jangan terpedaya dengan promosi dan tawaran kasut murah sehingga mengabai faktor keselesaan dan ciri-ciri praktikal kasut yg dihajati

cara memilih jam tangan

Memilih Jam tangan harus di sesuai kepribadian anda karena kepribadian anda bisa tercermin dari jam tangan anda, anda bisa memakai jam tangan model “Aviator” tanpa asesoris tambahan seperti stopwatch, tanggal/hari, atau kompas. Kalau anda adalah orang yang energic, anda bisa memilih jam tangan yang terlihat canggih dengan banyak asesoris tambahan. Bisa digital ataupun quarts, Beberapa hal yang harus diperhatikan saat memilih jam tangan:
1. Ukuran. Sesuaikan ukuran jam tangan dengan pergelangan tangan. Biar kata lagi musim jam tangan ukuran gede, tapi Kalau pergelangan tangan anda kecil, bakal keliatan seperti jam dinding di tangan anda. Semakin gede pergelangan tangan anda, pilih jam yang gede juga biar tidak dikira pake jam anak anak.
2. Strap. Strap bisa pilih yang dari kulit atau yang berbahan aluminium silver. Strap kulit lebih bersifat resmi kecuali strap kulit model jam tangan Fossil. Strap kulit juga lebih mudah dicocokan dengan pakaian. Kalau yang silver menggambarkan anda orang yang suka dengan hal hal yang canggih.
3. Merk. tidak perlu jadi tergila gila dengan merk tertentu. Cocokin dulu dengan tangan dan budget anda. Coba pertimbangkan harga dengan desain, fitur, & ketahanannya. Ada jam jam tertentu yang terlihat simple tapi mewah. Yah…sesuaikan lagi edngan kepribadian anda. Coz yang terpenting adalah kepribadian anda, bukan merk jam tangan anda. Jangan beli barang KW1, KW2 dsb. Itu akan mengurangi nilai penampilan anda dengan barang-barang aspal tsb. Fashionita (apalagi cewek) biasanya tau itu barang aspal atau barang original.
4. Jangan beli jam tangan sendirian. Inget, orang lain bakalan liat jam tangan anda itu cocok dengan anda atau tidak. jadi..ajak temen yang mengerti soal jam tangan, atau temen anda cewek yang keren & perhatian soal fashion biar ada yang diajak tuker pikiran waktu milih milih jam tangan. Lengkapi pengetahuan tentang jam tangan, bisa browsing di internet.
Demikian tipsnya semoga bermanfaat, selamat mencoba.

tip mengelakkan rambut gugur



Ada beberapa petua yang dijumpai dalam internet ini untuk mengelakkan dari keguguran rambut…dan setelah dimentelaah dan di perhatikan betul2, lidah buaya merupakan antara kaedah terbaik untuk mengubati penyakit yang sememangnya telah menjadi salah satu kehidupan manusia.                Mari kita melihat petua-petua nya :


Petua pertama
Keguguran rambut akibat dari banyak sebab. Kebiasaannya dialami oleh yang baru lepas bersalin. Ini perlu dijaga kerana rambut adalah mahkota seorang wanita. Bagi muslimah yang memakai tudung pula adalah juga satu faktor menyebabkan keguguran rambut tapi itu bukan satu alasan tidak memakai tudung. Ikutilah petua ini langkah demi langkah untuk mendapatkan rambut yang cantik dan wangi.
Pertama sekali selalulah menyapukan perahan air limau nipis untuk menghilangkan kelemumur selama 2 minggu. Kelemumur juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Kemudiannya anda memerlukan santan untuk menyuburkan rambut. Santan perlu dilumurkan keseluruhan rambut hingga kekulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Tidak perlu terburu-buru untuk membasuhnya perapkan dengan tuala untuk setengah jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam.
Buatlah barang sebulan. Bagi anda yang rajin selepas rawatan menyuburkan rambut gunalah daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik lagi menawan. Caranya ambil lendir daun lidah buaya tu dan sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2 bulan rambut anda tidak akan gugur malah semakin cantik dan sihat.
Ini kerana kesan dari khasiat buah limau nipis, santan dan lidah buaya yang sememangnya sesuai dijadikan penawar bagi mereka yang mengalami keguguran dan ketidaksuburan rambut.
Petua Kedua :
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
Petua Ketiga :
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kuit kepala seeloknya pada waktu malam. Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.
Petua Keempat :
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.
Kesimpulannya, jagalah kesihatan rambut anda dengan cermat. terutama kepada yang perempuan, jagalah ianya sebaiknya.

Larangan Hari Velentine disambut umat Islam ---JAGA AURAT ANDA--

 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan melancarkan Kempen Awasi Jerat Hari Valentine di sini esok untuk mengajak umat Islam terutamanya golongan remaja supaya tidak meraikan sambutan Hari Kekasih itu Isnin ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, program itu diadakan untuk menyebarkan dakwah dengan meluas mengenai sambutan itu yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Stesen televisyen juga perlu memainkan peranan melalui pengisian program yang bersesuaian supaya dapat memberi pemahaman yang jelas kepada umat Islam mengenai perkara itu.
Adalah baiknya menjaga aurat anda sebaik-baiknya demi menjaga maruah . semoga Allah merahmati semua rakan rakan semua.
KESALAHAN AURAT YANG PATUT DIJAUHI BAGI LELAKI MUSLIM


AURAT WANITA SOLEHAH
 AURAT LELAKI MUSLIM


KESALAHAN AURAT WANITA YANG PATUT DIJAUHI



Rabu, 9 Februari 2011

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW

Sempena hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W

    


      Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
    Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.






      Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.
        Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
      Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
   




    Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
       Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.
      (Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)



Kongsilah peringatan ini kepada rakan2 semoga mengingati amanat Rasullah SAW ini memberi kesedaran kepada kita semua...berpesan2 kepada kebenaran dan semoga ALLAH merahmati kita semua

rahsia disebalik tulisan





i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit
Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulatSemua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leperTulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)
Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang
iii. Tegak· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah
iv. Campur-campur· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)
Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
Rumusan : -
Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…

Selasa, 8 Februari 2011

rahsia disebalik telapak tangan

Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas... Setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. And of course la bentuknya juga berbeza-beza.. Ada yang kurang jelas, putus-putus dan sebagainya. So selamat 'menilik'.. Jangan tersalah tilik, sudah la!

1. Garis Kehidupan
Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin ia panjang dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.

2. Garis kecergasan
Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika ia jelas, terang dan lurus, ia memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran dan kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih.. Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke me nara gading tanpa sebarang masalah.

3. Garis hati/cinta
Garisan ini melambangkan perasaan dan percintaan kamu. Sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang dan lurus, ia menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. Manakala sekiranya garis itu putus-putus dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut, ada di antara kamu yang mempunyai garis putus-putus ini ' curang' dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama!

4. Garis kejayaan
Cuba kamu perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah ia terdiri daripada satu garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempyai dua atau lebih garisan ini. Dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa juga yang diceburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak tangan kamu itu.

5. Garis matahari ( Sun line)
Bukan semua orang yang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas dan nyata. Sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, ia menunjukkan kamu akan menjadi kaya dan terkenal dalam kehidupan kamu. Sebab itulah, ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.

6. Garis kesihatan
Sama seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas, lurus dan tidak putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. Begitu juga sebaliknya.

7. Garis perkahwinan
Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal dan bahagia selama-lamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup kamu. Tiada lagi yang kedua dan seterusnya...

8. Garis bilangan anak
Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya mata sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa orang anakkah yang kamu inginkan? Tidakkah kamu perlu mengetahuinya? Apa yang perlu kamu lakukan ialah dengan mengira berapa banyak garisan halus dan pendek yang kamu miliki dan ia sebenarnya mewakili jumlah bakal anak kamu nanti. Misalnya kamu mendapat terdapat empat garisan Dan ini bermakna jumlah anak kamu nanti ialah empat orang.

9. Garis perjalanan
Adakah kamu ini seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka merantau atau melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya kamu ini mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas dan terang, seperti yang dinyatakan pada garisan bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya kamu ini juga suka hidup berpindah-randah dan mudah bosan dengan sesuatu tempat.

10. Garis kewangan
Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna dan bahagia. Tentu sekali ia mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi kamu yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas dan terang, dikatakan kamu mampu memperolehi Wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan itu.

11. Garis pergelangan tangan
Cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya. Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan ? Diramalkan, setiap garis membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. Kira saja berapa gelang yan gkamu ada dan ramalkan jumlah hayat kamu sendiri! Tapi awas! Jangan terlalu percaya sangat.... Ajal dan maut di tangan Tuhan kan ? 

Isnin, 7 Februari 2011

cara-cara memilih pakaian yang sesuai

ih

PEMILIHAN WARNA PAKAIAN Perkara asas yang perlu anda tahu dalam pemilihan pakaian ialah memilih warna yang sesuai dengan kulit. Sekiranya anda berkulit cerah pasti mudah memilih warna pakaian yang sesuai, tetapi bagaimana jika anda memiliki kulit berwarna gelap? Semak tip berikut supaya anda tidak salah memilih warna.
  1. Jika anda berkulit cerah (putih) jangan sesekali mengenakan warna-warna pastel seperti coklat muda, biru muda atau pink.
  2. Jika anda berkulit kuning langsat warna-warna tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru merupakan pilihan yang terbaik.
  3. Jika anda berkulit sawo matang pilihlah warna ungu, oren atau merah hati agar anda terlihat lebih menarik.
  4. Jika anda berkulit gelap, warna-warna tanah yang lembut merupakan pilihan tepat untuk pakaian anda.
JANGAN LUPA
Menyesuaikan warna pakaian dengan waktu dan tempat. Warna gelap untuk acara formal sedangkan warna cerah untuk acara informal. Sesuaikan warna dengan karakter. Kalau anda ingin menyerlahkan sifat feminin, pakailah pakaian yang terdiri daripada warna-warna pastel. Sebaliknya, jika ingin ingin menarik perhatian orang ramai, pilih pakaian yang berwarna terang.
JANGAN SESEKALI
Nekad menggunakan pakaian yang berwarna terlalu kontra dengan kulit. Contohnya, anda berkulit hitam dan mengenakan pakaian yang berwarna merah jambu terang. Penampilan anda akan terlihat berat sebelah dan kelihatan hodoh! Selain itu, anda juga tidak boleh mengenakan aksesori dari rambut hingga kaki yang warnanya tidak senada dengan warna baju yang dikenakan.

PEMILIHAN SELUAR PANJANG
Bagi yang mempunyai tubuh badan berisi cubalah mengenakan seluar panjang yang boleh memberi ilusi tubuh yang lebih tinggi dengan mengenakan seluar panjang berpotongan ‘wide-leg’ dan mempunyai ‘details’ seperti bergaris vertikal. Sebaliknya, hindari seluar yang berpotongan ketat. Untuk menyembunyikan pinggul yang berisi pula pilihlah seluar panjang bepotongan full-cut (melebar mulai dari pangkal paha hingga ke hujung seluar) dan hindari seluar panjang berpotongan ‘baggy’ atau yang tirus di bahagian hujung.

Sekiranya anda mempunyai sepasang kaki yang pendek, pilihlah seluar panjang berpotongan lurus atau ‘wide-leg’. Jangan tergoda dengan seluar berpotongan singkat kerana ia membuatkan kaki anda terlihat semakin pendek. Seluar panjang yang bercawat pendek adalah pilihan tepat bagi mereka yang memiliki badan yang pendek. Bagi yang mempunyai badan yang panjang, pilihlah seluar panjang yang mempunyai potongan pinggang yang tinggi.

Bagi anda yang memiliki punggung berisi, jangan ragu-ragu memilih seluar panjang berpotongan penuh. Selain itu, anda juga boleh menyembunyikan bentuk punggung dengan memakai seluar yang berpoket di belakang. Akhir sekali, bagi yang tergolong dalam kumpulan individu yang tidak berpinggang (boy’s figure), pilihlah seluar panjang berpotongan lurus dengan poket di bahagian sisi. Jangan sesekali memakai seluar panjang ketat atau mengecil di bagian hujung.


TIP PAKAIAN UNTUK TUBUH BERISI
Memiliki tubuh pendek dan mungil, kadangkala menimbulkan masalah ketika ingin memilih pakaian yang sesuai. Namun ini tidak bererti masalah itu tidak boleh diatasi. Ada beberapa trik yang boleh dimanfaatkan untuk membuatkan tubuh badan terlihat lebih tinggi dan langsing:-
  • Kenakan baju atau blaus yang kemasannya menarik mata untuk turun secara vertikal. Kolar berpotongan ‘V’ merupakan pilihan yang baik.
  • Masukkan baju atau blaus ke dalam seluar panjang supaya kaki anda kelihatan lebih panjang dan tentu saja anda akan tampak lebih tinggi.
  • Pilih pakaian yang betul-betul sesuai dengan tubuh badan. Pakaian yang terlalu longgar seperti jaket yang besar akan membuatkan anda kelihatan lebih besar daripada saiz badan yang sebenar.
  • Kenakan pakaian dengan motif atau corak yang bergaris vertikal.
  • Jangan takut mengenakan skirt pendek. Sebaliknya hindari skirt yang labuhnya melepasi lutut atau sehingga betis. Pemakaian sebegini akan membuatkan tubuh badan seperti terpotong dan akibatnya anda tampil lebih pendek.
  • Jangan lupa mengenakan kasut bertumit tinggi.
7 TIP BERPAKAIAN YANG MESTI ANDA TAHU
  1. Pakaian yang menggunakan warna gelap akan menimbulkan kesan ramping pada tubuh badan.
  2. Baju tanpa lengan, berleher tinggi (turtleneck), sangat sempurna untuk meminimalkan dada yang besar.
  3. Tidak ada kata ‘maaf’ untuk garis seluar dalam yang kelihatan. Carilah trik agar garis seluar dalam anda tidak kelihatan. Salah satu caranya, gunakan seluar dalam berpotongan ‘G-string’.
  4. Satu lagi adalah tali coli. Ia tidak seharusnya diperlihatkan. Sediakan coli tanpa tali, yang dapat digunakan ketika anda mengenakan baju atau gaun tanpa lengan atau bertali halus.
  5. Sebaiknya gantilah kasut lama anda, kasut yang sudah terlalu lama mempunyai warna yang pudar dan ini akan merosak penampilan.
  6. Kasut dengan tumit yang sangat rendah sukar untuk dipadankan dengan gaun atau kemeja. Bagaimanapun, ia baik untuk kesihatan kaki.
  7. Anda beruntung jika memiliki leher yang jinjang. Ini kerana bentuk leher seperti ini sesuai untuk baju yang berkolar tinggi. Jika leher anda sedikit lebih pendek, pakailah rantai atau kalung yang akan memberi kesan lebih cantik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...