exclusivemails.net

Ahad, 3 April 2011

Kejadian Hujan Rahmat Dari Allah Taala


Terdapat pelbagai cara Allah menghidupkan tanah-tanah
gersang. 
Punca mata air ialah hujan. Hujan terjadi hasil daripada
proses sejatan yang sentiasa terjadi di merata-rata tempat di
bumi ini. Akibat daripada sinaran cahaya matahari, semua air
yang terdapat di permukaan bumi menyejat dan terapung di
udara dalam bentuk wap, iaitu unsur yang sangat ringan.
Kemampuan udara menampung wap air bergantung pada kadar
kepanasannya. Semakin panas udara, maka semakin banyaklah
wap air yang boleh ditampungnya. Apabila semakin banyak wap
air berkumpul di dalamnya, suhu udara menjadi semakin sejuk
dan akhirnya turun ke paras yang sangat rendah. Keadaan ini
menyebabkan udara tidak boleh menampung semua wap air itu,
lalu sebahagiannya memeluwap dan membentuk titisan-titisan
air yang halus. Titisan air tersebut berkumpul membentuk awan
dan kemudian turun semua ke bumi sebagai hujan.
 
"Adakah kamu tidak pernah memerhati sistem sejatan yang
dicipta Allah untuk mengumpulkan awan di udara? Selepas
terkumpul, ia bertaut antara satu dengan yang lain sehinggalah
membentuk awan mega. Akhirnya kamu ternampak seolah-olah
air itu menitis dari celah-celahnya."
Surah An-Nur 24:43

Air hujan yang turun dari langit itu mengalir ke tasik-tasik
dan sungai-sungai, seterusnya mengalir ke laut sambil
memeluap ke udara. Sebahagian air hujan meresap ke dalam
tanah lalu membentuk mata air.
"Kami menurunkan air dari langit kemudian Kami menyimpannya

di dalam tanah. Sesungguhnya Kami mampu mengitarkan
semula air yang tersimpan di dalam tanah itu".

Surah al Mu'minun 23:18


"Adakah kamu tidak pernah memikirkan bagaimana Allah

menurunkan hujan dari langit lalu air itu mengalirkan banyak
mata air (di dalam perut bumi)."

Surah Al-Zumar 39:21

Sebahagian daripada mata air itu mengalir sepanjang masa sementara 
sebahagian yang lain mengalir pada musim hujan sahaja. Mata air yang mengalir sepanjang masa itu disebut mata air tetap dan mata air yang mengalir pada
musim hujan sahaja disebut mata air terputus-putus. Mata air tetap mendapat
bekalan airnya jauh dari dalam perut bumi dan tidak bergantung pada hujan 
untuk mendapatkan bekalannya, lantaran itu ia terus mengalir sepanjang masa. Demikian antara sistem tabii yang dicipta oleh Allah untuk menghidupkan bumi yang gersang sehingga ia boleh bertukar menjadi bumi yang subur,
yang boleh dijadikan kebun buah-buahan 
dan taman-taman yang indah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...