Apa yang membuatkan Buat kiwi begitu berkhasiat ?
Fakta yang mengatakan buah kiwi adalah dari jenis "beri" secara umumnya menjadikan buah ini lebih berkhasiat daripada buah-buahan lain. Kumpulan buahan "beri" berpotensi memiliki ciri-ciri tertentu yang memberikan ia khasiat tambahan.
Biji buah kiwi - ia membawa semua jenis nutrien - protein, vitamin, mineral dan tenaga yang diperlukan untuk memulakan kehidupan.
Kabohidrat buah kiwi - ia amat penting dalam diet seseorang dan pakar nutrien percaya kita seharusnya mendapatkan sekuurang-kurangnya 50 peratus atau lebih karbohidrat dalam kolari makanan kita.
Potassium buah kiwi- Bahan galian yang penting ini membantu fungsi otot dengan berkesan serta menyempurnakan fungsi saraf.
Vitamin C buah kiwi - vitamin C dalam buah kiwi adalah menakjubkan. Satu hidangan buah kiwi memberikan 230 peratus USRDA untuk vitamin C. Jumlah ini adalah cukup untuk 2 hingga 3 hari keperluan vitamin C hanya dalam satu hidangan.
Buah kiwi mempunyai khasiat yang paling banyak di dunia . Dengan dua kali ganda vitamin C berbanding buah oren, potassium dalam pisang dan kandungan Vitamin E yang tinggi, folic asid dan fiber larut dan tidak larut,buah kiwi layak dipanggil pesta khasiat.